Friday, January 25, 2008

ujian ALLAH

assalamualaikum,

setiap pagi aku bangkit dari kematian, aku tidak tahu apakah yg menanti aku di hadapan. adakah kematian, kecelakaan, rahmat dan keampunan ALLAH ataupun kemurkaan ALLAH aku seboleh-bolehnya hendak aku jauhi.

perjalanan aku ke rumah shakirah yg mengambil masa satu jam pengayuhan basikal sukar aku gambarkan. dari dublin 2 ke dublin 16, perjalanan yg singkat tetapi memenatkan tp byk mengajar aku erti hidup. telefon aku tercicir di perjalanan, apa yg boleh buat ialah tersenyum duka tetapi cuba mencari kekuatan untuk reda dgn ketentuan ALLAH. sebaik sahaja hampir sampai di rumah shakirah, aku terlihat wajah temanku, ameera syazana, lama sudah aku tidak berjumpa gadis ini. bertambah tembam dia, mungkin kerana ada hidup yg gembira. alhamdulillah segalanya aku panjatkan. dia masih seperti dulu walaupun aku di dublin dan dia di australia. gadis ini merupakan rakan sekelas aku di kolej mara banting dulu. byk membantu aku dalam mengharungi hidup ini. terima kasih ameera. kau tetap membawa kebahagiaan kepada org lain. terima kasih aku ucapkan. perihal shakirah pula, seorang gadis kelantan yg pure kelantan menjadi pujaan ramai. hahahah, tapi aku rasa dia mempunyai kekuatan untuk menangkis semua itu. dia juga membawa senyuman dalam hidup aku dan byk mengajar aku tentang hidup ini. terima kasih shake. ape2 pun aku bersyukur kerana ALLAH beri aku kesempatan utk jumpa manusia sebaik rakan2 aku. ALHAMDULILLAH.

tentang soal cinta aku pula, aku akan terus bersabar dan berdoa apa yg terbaik utk aku. tapi hairan betul aku, kenapa tiap2 kali perlu aku bincang soal cinta hidup aku, adakah aku ni sgt bermasalah dlm hal ini? hahaha, aku pun tak tahu. aku rasa tenang sekarang kerana nyalaan cinta itu telah aku letak di dalam balang kaca dan aku biarkan dia menyinari hati aku. dengan itu aku berharap nyalaan itu tidak membakar jiwa aku dan selamat di sana. apa2 pun aku sentiasa berdoa agar ALLAH pimpin aku.

salam meehun sup umah cabinteenly

No comments: