Sunday, January 20, 2008

aku rindu dakapan wanita ini

ASSALAMUALAIKUM,

Dalam keadaan hidung tersumbat, kutenung wajah emak di screen macbook. Kalis wajahnya, nampak wajah mengharapkan aku pulang kembali ke pelukan ibu. Tiada pelukan di dunia ini sehebat sehebat pelukan ibu. Mampu meredakan tsunami yg mampu memusnahkan dunia. Perlahan, kelopak mataku penuh dengan air yg tidak tahu dari mana dia datang. Dalam hati ini, tiba2 terasa sebak dan pilu. Ku terkenang wajah ibu dan senyumanya, masakanya mampu membuatkan aku tidak keluar rumah, pujukannya mampu membuatkan aku berubah menjadi manusia yg berguna.

HAJAH SALBIAH BT ISMAIL. Itulah nama dan pangkat yang telah dikurniakan ALLAH kepadanya. Ibu inilah yg bersusah payah melahirkan, menyusukan, membesarkan, mendidik, mengasuh dan membentuk diriku agar menjadi insan berguna. Byk sudah air mata yg di titiskan kerana kedegilan aku.

Semasa kecil, aku sgt nakal. Namun begitu aku tetap dimanjakan. Aku tidak tahu mengapa semasa aku kecil, aku lebih rapat dengan bapaku. Mungkin kerana kedegilan aku yg membuatkan aku sering disekeh di kepala. Namun, apabila meningkat dewasa, aku menjadi begitu rapat dengan ibuku.

Wanita ini mengajar aku tentang nilai2 hormat kepada org tua, tetamu, guru2, rakan2 dan semua orang di sekeliling. aku pernah ditampar perlahan dibibir akibat celupar. Katanya hormat org tua. Aku juga diajar utk berbuat baik utk org membuang najis kepada aku. Katanya, dia berbuat baik agar kebaikan itu akan dibalas kepada anak2nya. Betapa kudus dan tulusnya hati ibu.

Ibuku mengajarkan aku nilai2 islam yg agung. Aku ditegur, di marah, dipujuk agar mengamalkan adab2 islam. Makan, minum, dalam tandas, sembahyang, ada2 di rumah org, adap2 tidur dan mcm2 adap lagi agar aku membesar menjadi org yg beradap.

Emak, aku cintakan kau. Aku mahu membalas jasamu ibu. Aku mahu mengucup pipi dan dahimu cuma sekali lagi. Aku berharap aku mampu melakukan itu.

Masihku igt lagi, setiap malam, ibuku mengerang kesakitan di kaki. Dia merayu menyuruh aku mengurut kakinya. Jelas, dia rela membinasakan dirinya untuk melihat anak2 membesarkan dengan sempurna. Dia korban hampir segalanya. Dia ketepikan kesenangan diri demi kesenangan anak2nya. Aku rindu untuk baring di pangkuan riba mu. Aku rindu untuk mengurut kakimu. Aku rindu untuk menyedut setiap titisan air masakanmu.

Setiap kali aku gelisah, aku akan ketuk pintu bilik ibu dan menceritakan masalah aku walaupun pada waktu pagi buta. Dia urut rambutku dan menidurkan aku di sampingnya walaupun ketika itu aku sudah besar panjang. Kehadiranya cukup membuatkan aku tenang-setenang. Itulah hadiah besar kepadaku daripada ALLAH.

YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA IBU BAPAKU, RAHMATILAH MEREKA, MASUKKKANLAH MEREKA KE DALAM GOLONGAN ORANG YANG SOLEH.

Kalimah yg tidak pernah aku lupa. Kalimah yg mampu membuatkan lautan menjadi kering. Ibuku berkata:

“min, mak ampunkan dosakau min.”

ucapan itu membuatkan aku rasa sebak. Hati aku penuh dengan tangisan yg tidak dpt dititiskan. Hanya perlu dibalas dengan berusaha menjadi anak yg soleh.

Salam sayang dan rindu kepada manusia sehebat ibuku.

No comments: