Friday, January 25, 2008

kelipan mata

assalamualaikum,

mataku berkelip. kelip demi kelip demi kelip. apa yg sedang aku lihat aku tak pasti. kelip demi kelip lagi. aku tidak dpt bergerak. mungkin hilang semangat atau terkejut, mungkin juga terkedu. tapi entah, tiba jiwa aku kosong, tiada apa yg hendak aku rasakan, dan tiada apa hendak aku luahkan. hanya satu yg aku pinta, maafkanlah aku.

kebahagiaan itu ialah milik ALLAH dan akan pergi dan kembali dengan takdirnya. aku mampu berdoa dan berdoa dan terus berdoa. aku tidak tahu mengapa aku malas untuk bernafas, malas utk itu dan ini. tiba2 aku terasa bodoh dan bebal kerana tidak perasan jawapan yg ada jelas di mata. maafkan aku.

kelipan demi kelipan lagi. nafas demi nafas. namun aku ingin senyuman di wajah aku tetap ada. walaupun berat utk aku tarik senyuman namun kupaksa diri aku. namun, aku tetap igt, aku ialah milik ALLAH. aku hidup kerana ALLAH, aku mati kerana ALLAH, segala-galanya aku buat aku harap hanya kerana ALLAH.

aku perlu terus bernafas, aku perlu terus berkelip. biarlah segala yg berlalu dan aku minta ALLAH bg aku kekuatan utk reda. namun begitu, aku harap tiada sifat2 buruk dalam hati aku yg akan membiak. aku berserah segalanya kerana ALLAH. aku mahu belayar jauh utk mencari sinar baru utk kehidupan. hidup yg lebih baik dan sempurna insyallah. aku berdoa agar aku diberi kekuatan utk ujian yg aku lalui dan aku buat sehabis baik utk menghadapi ujian itu. ini adalah yg terbaik utk aku. maafkan aku. SELAMAT TINGGAL ABDUL MUHAIMIN ALI YG LAMA, AKU AKAN BENAR2 KEMBALI SBG ABDUL MUHAIMIN ALI YG BARU.

SALAM TUNA

No comments: