Tuesday, January 29, 2008

tiada lagi lafaz itu

gamba atas: ni gamba parent aku kawin, aku harap aku dapat jadi seorg ketua keluarga sekurang-kurangnya sebaik ayah aku, dan pasangan yg sekurang-kurangnya sehebat ibuku.

assalamualaikum,

hari ini aku merasmikan blog baru aku di blogspot. lalu aku bertepuk tgn sendirian menandakan aku ni syok sendiri. hahahaha, tapi tak pe lah, aku harap, aku dapat record perjalanan hidup yg penuh dengan peristiwa suka duka menyayat hati dengan lebih baik. aku boleh letak gamba and movie yg aku nak.

aku harap niat aku ikhlas. aku kini sedang menekaji buku yg berjudul "THE QUEST FOR LOVE AND MERCY" by Muhammad al-Jibaly. buku ni basically tentang keluargan dan perkahwinan. mungkin ada yg tertanya aku ni desperate sgt ke nak berkeluarga? aku rasa takde la desperate tapi aku g ceramah, penceramah tu kata persediaan perkahwinan bermula 10 thn sebelum berkahwin. so aku rasa bab keluarga ni aku tak boleh pandang remah memandangkan untuk menyumbang kepada kebangkitan ummah, aku perlu mempunyai ilmu yg cukup dalam membentuk keluarga yg diredai.

selepas peristiwa percintaan budak2 tu, aku perlahan-lahan cuba untuk menyelami apa yg akan aku jadi sekiranya aku diterima walaupon hakikat nye aku rase mcm loser akibat di reject. aku rasa aku akan lalai dan byk buat maksiat. baru terasa bahang pun aku dah byk melatah, ni kan bila da perang bara api, mahu terbang barangkali. aku merasakan selepas ini, aku akan menjadi lebih serius dan tiada lagi lafaz suka, cinta, atau kasih kepada 'mangsa' aku seterusnya. aku pun sebenarnya tak percaya percintaan sebelum perkahwinan, pasal benda ini bg aku agak tidak begitu wujud atau pun langsung tak ketara dalam islam. selepas ini, apa yg patut aku buat ialah suatu yg agak horror, tapi lebih appropriate insyallah. kalau aku berkenan, aku akan jumpa ayah budak tu, aku akan cakap kat dia. tak pon, aku hantar wakil. huish, tiba2 aku rasa mcm aku akan bakal dikejar dengan parang. tapi tape lah, nak dapat reda ALLAH, kene kejar skali skala tape kot.

then lepas tu klo positive, aku hantar rombongan and etc pastu masa ni lah siasat siapa dia dan siapa aku and so on. aku rasa aku nak buat cara ni lah. kasi ade cabaran ckit. baru lah mantap. ape2 pon aku tak kan jumpa 'mangsa' tu and luahkan, pasal benda ni boleh merosakkan amal aku dan dia.

tapi sebelum tu, aku kene make sure aku ade €5000 at least la. klo tak, sori beb. buat kene gelak ngan bapak aku je.

satu lagi, aku ade bace satu hadith ni. aku rasa penting gak la bg aku mengikut kefahaman aku. hadis die mcm ni,

ABU HURAYRAH REPORTED THAT ALLAH'S MESEENGER SAW SAID,
"THERE ARE THREE MATTERS THAT ARE CONSIDERED SERIOUS IN BOTH SERIOUS AND JOKING TALKS: MARRIAGE, DIVORCE, AND RETUTNING (A WIFE WHO HAS DIVORCED A NON-TERMINAL DIVORCE)"
-recorded by abu dawud, at-thirmithi, and others. verified to be hasan by albani (irwa' ul-ghalil no. 1826 and sahih ul-jami no . 3027)

based on hadith ini, aku harap lepas ni aku tak wat joke la ngan org2 kate kawen sane kawen sini. ko bini aku la tu la ni la. ko laki aku la bla bla bla. tu lah kite terlalu sgt ambil remah. byk sgt lawak dalam hidup dan terlalu jahil utk menilai mane satu dilarang dalam islam dan mane satu dibenarkan dalam islam.

semua perkara ibadat adalah haram kecuali yg mana ada dalam hadith dan quran
semua perkara hubungan laki dan perempuan adalah haram kecuali mana yg dibenarkan dlm quran dan hadith
semua perkara muamalat adalah harus kecuali yg mana diharamkan dalam islam

salam nasi ayam aku nak masak petang ni
ps: doakan aku masak sedap, lama sudah tidak beraksi di dapur, sape nak join, contact aku 0857882585


No comments: