Friday, March 7, 2008

c with a plus

assalamualaikum,

ALLAH, ampunilah dosa aku. aku bukanlah hambamu yg baik. aku tidak bersyukur, tidak reda dgn ketentuanmu, tidak menunaikan kewajipan aku, tidak melakukan kerja dakwah aku. hendak aku menititskan air mata, tetapi hati ini terlalu keras untuk diperah. dosa telah membeku, pahala sudah mencair. tiada apa2 yg tinggal pada diri aku, hanya yg tinggal hanyalah harapan agar tuhan mengampuni dosa aku.

aku dapat C kali ini. apa! aku dapat C. aku pun tidak percaya. org yg sama memberikan aku c semester lepas tetapi kali ini dengan plus. aku kecewa dan rasa frust kerana hasil usaha aku ini dihadiahkan dengan C with a plus. nak aja aku high cut max ryan tu, tapi takpelah, dia betul2 membuatkan aku berfikir, apakah niat aku belajar.

adakah aku belajar kerana ingin cemerlang dan disanjungi ramai? tidak, pemikiran itu adalah pemikiran yg sgt singkat, bila mati kelak, tiada apa yg bernilai melainkan amalan yg ikhlas. aku perlu ikhlas belajar, belajar bersungguh-sungguh, belajar bukan kerana mendapat result yg cemerlang, tetapi menganggap result itu sebagai ujian tuhan dan bonus kepada diri aku. aku perlu igtkan diri aku, study for the knowledge. mungkin org akan nilai aku berdasarkan result aku, tapi tak mengapalah, biarlah org mengatalah aku bodoh dan pandang rendah kat aku, aku tak kisah kerana sememangnya diri aku ini hina. apa yg lebih aku kisah ialah bagaimana ALLAH lihat aku, adakah aku hamba yg bersyukur dan reda? adakah aku hamba yg ikhlas dalam apa yg aku lakukan? adakah aku hamba yg mengikut nafsu dan perasaan?

YA ALLAH, berikan aku kekuatan. pimpinlah diri ini YA ALLAH. sesungguhlah engkaulah segala-galanya bagi aku, engkau tempat aku bergantung, engkau lah tempat aku mengadu keluhan aku. terimalah taubatku YA ALLAH!

SALAM SNEAKERS SALE 3 FOR 2 KAT DUNNES STORE

No comments: