assalamualaikum,
apabila aku x tenang, aku lebih suka menulis, namun di samping itu, aku cuba juga kongsi dgn rakan2, namun tak sume org akan aku kongsi. sememangnya, ALLAH memiliki hati ini dan membolak-balikkan hati ini. semalam bahagia, ari ini gelisah, esok tak tahu lagi. sewaktu kugembira, dunia ini kulihat senyum kepadaku, sewaktu aku gelisah, ku rasakan dunia ini membenci aku.
perkara-perkara ini penting dalam mematangkan pengalaman. ALLAH sayang aku dan mahu aku menjadi manusia yg berfikir. apabila ada masalah, kita akan mudah kembali kepada tuhan. kita akan mempersoalkan apakah matlamat hidup di dunia ini, apabila kita kecewa, kita tahu ada yg masih menyayangi kita. hidup ini sementara, akhirat jua kekal abadi. igtlah janji2 ALLAH, nescaya kita akan terus berusaha.
sebelum ini, apabila berbincang dengan soal hati dan perasaan, aku jadi lemah. aku lebih mudah membiarkan diri aku hanyut di bawa badai deras. aku biarkan diri aku terbang ke tempat2 yg tidak ada faedah. namun kusedari, berperang dengan perasaan bukan mudah. aku berhadapan dengan diri aku sendiri. aku lebih mudah tertipu dan dipujuk. aku lebih mudah ditayangkan kisah2 fantasi. namun begitu, kekuatan untuk melawan perasaan perlu aku bentuk. aku harus mengawal perasaan agar ia mengikut telunjukku.
skrg, aku inginkan konsentrasi yg tinggi. aku mahu berdakwah dan belajar. aku tidak mahu pemikiran aku hanya pada seorang wanita yg belum tentu hujung pangkalnya. sekiranya diteliti betul2, mahu saja aku tempeleng diri aku sendiri. bodoh macam lembu. lemah mcm lintah kat umah aku.
YA ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK DAN KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN KAU.
salam spm adikkan aku
Friday, March 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment