Wednesday, March 26, 2008

FIKRAH ISLAM

gambar di doolin



assalamualaikum,
kadang kala, dalam hidup ini, kita cuba mencari jawapan untuk setiap persoalan. pelbagai persoalan berlegar-legar dalam minda kita, hanya sedikit sahaja yg mampu dijawab oleh pemikiran yg diagungkan oleh manusia ini. hakikatnya, akal ini masih lagi dahagakan jawapan, umpama anjing yg menjelirkan lidahnya menanti makanan dari tuanya.

hari ini adalah hari yg baik dan hari yg kurang baik bagi aku. apa2 pun alhamdulillah aku panjatkan. kegembiraan dan kedukaan menimpaku, aku cuba membongkar hikmah di sebalik apa yg berlaku. perlahan-lahan aku membelek satu persatu daun2 yang gugur di taman hati ini untuk mencari jawapan. aku tidak tahu mengapa aku tidak boleh menumpu. segala masalah telah diselesaikan oleh si pemberi masalah, namun kini aku sedar, tiada yg mampu memberi manfaat dan mudarat melainkan ALLAH.

pengalaman di spring camp mampu membuatkan aku terbakar dan berapi. semangat yg ditanam oleh ustaz salam membuatkan aku merasakan dahagakan ilmu. antara topik yg dibincangkan ialah fikrah islam. islam mempunyai ciri kamil (sempurna), syamil(menyempurnakan) dan mutakamil (sempurna lagi menyempurnakan). setiap org seharusnya mempunyai fikrah islam kerana corak pemikiran ini telah direka oleh pencipta kita. kita hendaklah yakin bahawa, setiap persoalan, kita perlulah kembali kepada islam untuk mencari setiap jawapan tidak kiralah dari segi politik, sosial, ekonomi, sains, geologi dll.

berbabeque di doolin. pelahap!

antara lainnya ialah tarbiyyah islamiyyah. setiap org perlukan tarbiyyah untuk menjadi rijal. kita perlu menyedari hakikat ini agar kita mampu menegakkan islam dan menepis segala fitnah yg dilemparkan terhadap islam. kini apabila bibir digetarkan yg mengeluarkan perkataan islam, manusia mempunyai satu tanggapan negatif dan menolak islam. ini adalah hasil daripada kesilapan ummat islam sendiri. namun, apa yg ingin kita capai islam, apda suatu hari nanti, apabila dituturkan sahaja islam, manusia akan melihat cahaya keadilan akan dibentangkan oleh ALLAH di hadapan mereka.

ya ayyuhal ikhwah, marilah kita menjadi ruhul jadid (ruh baru). kita perlu igt menjadi org baik yg mengamalkan solat, puasa, zakat dan haji sahaja tidak cukup untuk kita terlepas dari persoalan ALLAH di akhirat nanti. kita mahu menjadi da'ie yg menyeru kepada islam, itulah tanggugjawab kita. inilah perbuatan yg akan menjadi jawapan kepada kita nanti. mari kita berjuang menegakkan kalimat ALLAH atas muka bumi ini. bermujahadahlah, korbankanlah dirimu, masamu, hartamu ke jalan ALLAH. tiada masa untuk kita lengah lagi, bangkitlah ummat islam selagi kamu mampu, kejutkanlah sahabat2 kamu yg sedang lena, marilah kita menuju ke medan dakwah, kita seru manusia kepada islam. kita buka mata mereka yg sedang tutup, kita beri udara kepada mereka yg takut untuk bernafas, kita lakukan ini bersama-sama, kita lakukan ini secara terancang agar segalan jahiliyyah dan taghut akan dikuburkan sedalam-dalamnya.

salam perjuangan salam jihad

1 comment:

Anonymous said...

the best post ever.. jzkk akhi.. :)