Tuesday, December 16, 2008

appreciation

assalamualaikum,

kadang2 aku terfikir, mengapa manusia perlukan tuhan dan agama? perlukan cinta? perlukan rakan2? sudah menjadi fitrah manusia, mereka perlukan sesuatu untuk merasakan diri mereka ini dinilai dan berharga. manusia sememangnya suka dipuji. manusia suka apabila kita menghargai kehadiran mereka dalam kehidupan seseorang. konflik timbul apabila, apa yg diharapkan tidak menjadi kenyataan.

oleh kerana itu, konsep ikhlas sgt membantu. dalam kehidupan, kita disarankan agar tidak mengharapkan penghargaaan dari manusia sebaliknya penghargaan dari ALLAH. tapi perlu disertakan dengan keimanan dan kesabaran menanti balasan dari ALLAH. jika mengharapkan penghargaan dari manusia, ramai yg kecewa dan kecundang akhirnya langsung tidak mahu melakukan apa2 kebajikan.

oleh kerana itu juga, manusia perlukan cinta. mereka perlukan seseorang yg mampu membuatkan diri ini berasa dihargai dan dicintai. dan seterusnya mereka terus bersemangat menempuh ujian2 dunia. malang sungguh kepada mereka yg gagal memberikan penghargaan kepada pasangan mereka.

oleh kerana itu, manusia perlukan kawan. perlukan penghargaan daripada kawan dan juga bimbingan.

sudah menjadi lumrah, manusia sukar memberi penghargaan tetapi mengharapkan org menghargai diri mereka. berikanlah penghargaan. sayangilah rakan disekeliling anda. dakaplah mereka dan ucapkanlah penghargaan kepada mereka. ziarahilah mereka dan katalah kita cinta kepada mereka. lakukanlah ini hanya kerana ALLAH. nescaya satu hari nanti, penghargaan ALLAH kepada kita lebih besar nilainya.

salam kambing korban

No comments: