Assalamualaikum,
Kita adalah ummat yg paling hina di atas muka bumi ini sekarang. Lihat sahaja perlakuan kita, pemimpin2 kita, perlakuan org lain terhadap kita. Tiada keadilan dan harga diri kita umpama seketul tahi. Tiada siapa ambil peduli.
Kini, tamadun dunia dipegang oleh masyarakat yg jahiliyyah, gagal mengenal Tuhan sebenar dan berlandaskan nafsu semata-mata. Dan kita pula umpama bangkai biawak yg ditarik ekornya oleh meraka untuk dibawa ke mana sahaja yg mereka suka. Lihat sahaja kita sekarang, lebih bangga mengucapkan “hi” daripada “assalamualaikum”, lebih gembira memakai baju ketat dari pakaian yg menutup aurat, lebih gemar menonton x factor daripada hadir ke majlis2 agama. Manusia lupa tanggung jawab mereka.
Perpecahan yg berlaku antara kita adalah berpunca daripada diri kita sendiri. Bergaduh, fitnah antara satu sama lain, keji-mengeji, berlumba-lumba berlebih-lebihan dalam mencari kehinaan dunia. Masing-masing melakukan hal masing2. Tiada rasa kasih dan sayang antara kita.
Untuk membaiki hal ini, kita perlukan satu hala tuju yg jelas. Iaitu membina sistem khalifah islam yg telah terkubur berpuluh-puluh tahun yg lepas dan seterusnya wujudlah satu tamadun baru yg akan membebaskan manusia dari perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan kepada Tuhan yg benar.
Bagaimana untuk mewujudkannya juga merupakan satu isu yg sering dibangkitkan. Ada yg gemar berpolitik, ada yg bermula dari bawah, ada yg tiada hala tuju dan perancangan dan yg lebih menyedihkan, ada yg langsung tidak mahu terlibat. Mereka merasakan mereka tidak akan mati dan menghadap pencipta mereka.
Untuk mencipta satu tamadun baru bukanlah singkat. Mungkin berpuluh-puluh tahun bahkan mencapai ratusan tahun. Namun, ini mengajar kita untuk melihat dengan lebih jauh lagi, bukan sekadar merancang plan 50 years, tapi merancang plan 500 tahun. Insyallah, ganjaranya sama2 kita peroleh. Tamadun yg kita akan bina bukanlah tamadun yg cikai2, tapi tamadun yg akan menjadi trend setter. Di saat itu, tiada lagi fitnah mengenai islam. Islam yg sebenarnya akan dipratikkan. Mudah lagi membawa ke jalan yg benar. Manusia akan melihat keajaiban wahyu apabila dipraktikan. Bila disebut sahaja islam, manusia tersenyum sambil mengucapkan kalimah yg teragung dan tertinggi. Lailahaillah.
Apabila diperkatakan tentang sistem khalifah islam, apakah yg anda bayangkan? Bagi diri ini, aku menggambarkan setiap manusia berjaya menegukkan air keadilan islam. Manusia melompat kegembiraan. Ummat islam bersatu dan berkasih sayang antara satu sama lain. Manusia mengenali batas2 mereka. Di sana, terdapat pemimpin2 yg faham dan ariff dalam bidang masing2. Mereka mencontohi Nabi SAW dan sahabat2. Tiada rasuah, kronism, nepotism. .
SALAM NASI AYAM
Tuesday, December 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Min, nasi ayam ko sedap sangat. Sampai terlantar semua orang dibuatnya. Aku rasa lain kali kena ubah tactic, lepas perbincangan/kuliah/usrah/sharing baru makan..
InsyaAllah aku datang lagi esok
Post a Comment