Tuesday, September 30, 2008
BALIK KE KAMPUNG
assalamualaikum,
sudah hampir due tahun aku tidak pulang ke pasir puteh, kelantan. di sinilah begitu byk memori aku terbina dari kecik sehinggalah besar. masih segar lagi aku bermain pasir sehingga terkena tungau yg menybabkan aku menjerit-jerit pada malam hari akibat gatal. di sinilah aku memasang perangkap itik dan ayam utk menangkap ayam dan itik serati. di sinilah tempat aku memancing dibendang. sungguh bermemori.
rumah usang inilah tinggalnya nenek aku sebelah bapa, yg aku panggil mok. umurnya sudah lanjut tapi alhamdulillah masih sihat. perjalanan hampir 6 jam dari kuala lumpur berjalan lancar ditambah pula kenderaan selesa volvo s80.
namun dulu, aku pulang ke kampung kerana duit raya dan keriangan bermain di kampung, namun kini misi aku lebih matang iaitu untuk megeratkan silaturrahim sesama keluarga. aku berazam utk meneruskan tradisi ini sebaik mungkin agar ikatan yg terjalin bertambah kuat dan utuh. aku mahu membina hubungan dengan ziarah kerana itulah amalan nabi SAW.
salam kampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
selamat pulang berjuang di dublin bro.
best tengok kampung kau =D
Post a Comment