assalamualaikum,
byk perkara yg telah berlaku...dan tak mungkin aku dapat pergi kembali ke waktu lampau dan menukarkannya kembali..yg hanya aku akan lihat ialah layar di akhirat kelak yg akan menayangkan apa yg telah berlaku.
perbincangan mengenai percintaan merupakan antara topik kegemaran. mengapa? mungkin aku rasa benda itu sgt attached dgn aku. aku berbual dengan seorang member yg mempunyai amalan dan akhlak yg baik, tetapi apa yg aku faham dan dia faham sedikit berbeza. mungkin disebabkan pengalaman yg berbeza. ada juga point2 yg kami sama2 setuju. tapi, dalam menerima nasihat, bagi aku, yg patut kita buat ialah dgr nasihat, process, dan klo rasa sesuai dan harus diapplykan, kita applykan. jgn just dengar dgr then pakat practice tanpa process dulu nasihat tu.
dalam kehidupan seorang bujang ini, mmg tidak dapat dinafikan mmg ada terasa kekosongan. rasa ingin berteman, berkongsi dan ber ber ber lagilah. bukanlah maksud saya sex menjadi perkara pokok, tetapi fitrah utk diisi dgn cinta dan kasih sayang itu mmg ada. tapi sememangnya saya sgt rasa kekosongan itu perlu diisi, tetapi biarlah takdir menentukan. yg saya mampu rancang ialah kekosongan ini akan diisi selepas belajar dan saya tidak berminat untuk mengisinya dalam waktu terdekat kerana takut tertumpah pula isian itu.
menurut sahabat saya, sememangnya menjadi kelemahan lelaki mudah mengaku kalah. adakah aku mengaku kalah? mmm, aku pun tak pasti. aku boleh sahaja nak try kali kedua, tapi tgklah dulu. katanya perempuan mmg tak respect lelaki yg menyerah kalah. lagi, beliau mengatakan bahawa perempuan ini dia akan menyukai seseorang melalui perasaan. misalnya, sekiranya perempuan itu kata dia suka lelaki yg hitam manis, tinggi, bergaya, itu adalah tidak tepat. wanita akan mnyukai lelaki berdasarkan perasaanya walaupun lelaki itu tidak mempunyai ciri yg disebutkan. sekiranya dia suka kat laki tu, tidak perlu ciri2 itu dan dia akan tetap suka. bagi lelaki pulak, dia lebih teknikal, sekiranya dia kata dia suka perempuan garang dan nakal, dia akan cari perempuan yg mcm tu. byk lagi lah perkara yg dibincangkan, tapi tak mengapalah, lain kali. namun begitu, tiba2 aku rasa hidup ini utk wanita. huh, cepat2 aku taubat and betulkan balik matlamat hidup. segala apa yg aku buat ini, bukanlah untuk mencari keredaan mane2 wanita atau org lain, tetapi untuk mencari keredaan ALLAH.
ada yg kata aku tak sesuai dgn dia. kenapa? aku pun tak tahu. aku just suka and aku still suka. tapi aku tak boleh buat apa2. to have a crushwith someone, it takes one minute, to fall in love with someone, it takes one hour, to be in love,with someone it takes one day, to forget someone, it takes forever.
dari segi praktikalnya tentang hubungan lelaki perempuan ini, ada yg bersikap conservative dan ada juga yg lebih kurang dan ada juga yg mcm xde apa2 batas. apa2 pun, jika menerima nasihat, pastikan guna nasihat yg diterangkan oleh RASULULLAH SAW, dan cuba untuk aplikasikan sebaik mungkin ikut kemampuan. jgn terlalu memaksa sehingga merasakan islam ini susah lagi menyusahkan. yg penting, tahu batas, ikhlas, fikir guna iman dan akal, doa byk2.
beberapa minggu kebelakangan ini, isu international night menjadi bara di setiap mulut. aku sendiri tidak berapa setujulah dengan international night. namun begitu, apa yg cuba disampaikan ialah apa yg akan terjadi dan apakah hukumnya. kami cuba beritahu, sama2 fikir, dan try matchkan dgn situasi. kemudian, dengan iman dan akal, decide sendiri. walaupun ada berlaku sedikit salah faham, itu adalah lumrah. aku sendiri hampir emotional tadi, tapi aku cuba senyum. tidak perlu emotional dlm berbincang. nnt syaitan akan kuasai kita. tapi dapat aku rasakan betapa tidak ada hikmahnya aku apabila aku cuba sampaikan point aku. aku maafkan kau dan kau maafkan aku. kebenaran itu sememangnya sukar untuk diungkapkan, tetapi itulah yg perlu dilafazkan.
aku harap, lpas ini tiada yg benci membenci, kutuk mengutuk, mahupun terasa ada gap antara kita. tiada siapa yg lebih baik antara kita, yg jadi pengukurnya iman dan takwa. jgn ada rasa riak antara kita, keranan riak itu hanyalah milik ALLAH.
salam nasi lemak masin
Tuesday, February 26, 2008
Friday, February 22, 2008
alhamdulillah-syukur-syukur
bermain gokart adalah sgt menarik. aku paling kanan
assalamualaikum,
kezaliman aku membuatkan aku hidup dalam serba ketidak kesyukuran. dengki kat org tu, jeles kat org ni, nak bergaya mcm org tu, nak kaya mcm org ni. tapi sebenarnya apa yg aku slalu lupa ialah bersyukur. lihatlah di sekeliling, ada org lagi susah lagi menyusahkan daripada kita. kita jarang ucap alhamdulillah. sekiranya org tanya apa khabar, apa yg kita jawab ialah khabar baik. kalau nak ikut ulama' yg agak strict, itu sudah dikira kufur nikmat. ulama' kata kita perlu respond cakap alhamdulillah.
tadi aku dapat A- for the card signing dengan jane holland. the first A dalam cardsigning. ape2 pon alhamdulillah, aku harap, nikmat dan ujian yg ALLAH kasi ini tidak akan membuatkan aku alpa dan lalai kepada ALLAH. aku akan doa, solat, tingkatkan amalan, tingkatkan usaha dan mcm2 tingkat lagi.
sebagai manusia biasa, aku slalu memikirkan perkara-perkara mengarut. bodoh gle! tade benda lain ke nak fikir, sebelum ini aku marah diri aku sendiri. aku mencarut dan pukul diri aku bila fikiran aku merewang. tapi, skrg aku rasa nak berubah, tiap kali aku khayal, aku cakap astaghfirullah. moga2 ALLAH ampunkan dosa aku. bagi org betul2 faham akan islam, dia akan consider melupakan ALLAH walaupun sesaat sbg dosa besar.
khutbah jumaat tadi btul, membakar diri aku. ia berkenaan hubungan antara laki dengan perempuan. aku perlu put a very definititve gap between me and the girls. nak cross border ni, no way. aku harap, ALLAH kasi aku kekuatan utk jaga hubungan. one sin leads to another sins. one stair leads to another stairs. jage2 abdul muhaimin. nafsu ni gile. bykkan puasa ok!
salam card signing A-
Monday, February 18, 2008
HENTAKAN DI KEPALA
tiba2, aku rasa kepala aku dihentak-hentak. adoi, sakitnya! bahu aku terasa berat sehingga lenguh. mata aku kemerahan. kaki aku letih. otak aku bagaikan nak pecah. alhamdulillah juga aku panjatkan.
aku teringat kepada MUHAMMAD BIN ABDULLAH. aku pasti bebannya jauh lebih hebat dari ini. dipertiduranya, tangannya dipenuhi air mata akibat memikirkan masalah ummat. sedikit sebanyak, aku mula merasai debu beban itu. aku rasa sesak sampaikan aku keliru nak buat apa. aku rasa menyesal kerana byk buang masa. aku mesti berbuat sesuatu. aku mesti hentikan buang masa. jgn buat benda lagha.
aku perlu berjalan lebih pantas. aku perlu kurangkan tutur kata yg zalim. aku perlu buang pemikiran kanak2. ALLAH berikan aku segala-galanya, tiada lagi alasan utk aku lari. tiada lagi dunia nafsu nafsi. dunia aku adalah dunia kau, dunia kau adalah dunia aku. islam hidup dalam masyarakat. aku mesti ubah perangai aku. setiap apa ya aku buat aku akan pastikan org lain juga dpt faedahnya.
adakah hidup aku akan bosan? tidak, hidup ini sementara, akhirat juga kekal abadi. hidup ini ibarat penjara, awaslah tingkah lakumu. aku perlu berubah dan mengubah. aku perlu dibentuk dan membentuk. aku perlu jadikan diri aku apabila org tgk diri aku, dia akan lihat keindahan islam. mengapa aku takde kebolehan mcm tu?
tapi skrg, diri aku tidak penting, yg penting adalah diri kita!
salam mee bandung yg tak brape rasa bandungnye

Monday, February 11, 2008
i'm a total loser
assalamualaikum,
sedang aku menunggu bas, aku hairan kenapa jalan jadi kosong. adakah kerana hati aku kosong atau pun aku yg buta tak nampak apa yg lalu di hadapan. minggu kebelakangan ini, byk benda yg berlaku. bagus atau tidak terpulanglah tapi apa yg aku doa agar ALLAH bagi aku kekuatan utk reda dgn ketentuan yakni adalah benda yg terbaik utk diri aku.
sekiranya aku ungkap tirai lama, aku boleh tempah baju yg tertulis di hadapannya, "i am the biggest loser ever". kenapa aku cakap mcm tu, first result aku mcm hampeh. kalau org tau result aku, sure aku dikuarantinkan kerana takut berjangkit. aku sudah berusaha, tapi yg aku dapat itulah, result yg pada kaca mata manusia duniawi ialah keputusan yg boleh diludah di atas muka. begitu sekali hinanya diri aku. setakat mana usaha aku, aku pun tak pasti. aku cuba guna waktu sebaik mungkin. tak main game, kurang tgk movie and bola, tak bergayut mcm kera, tak berendam mcm badak. empat tahun yg lepas, aku rasa aku lebih rajin berbanding semasa aku di sekolah menengah. aku rasa, dengan usaha aku ini, sekurang-kurangnya aku dapat top 10. tapi, hanyalah yg aku dapat hanyalah result yg umpama tahi gigi di pagi hari yg pergi hanya dengan berkumur. aku rasa ini adalah kaffarah aku atas dosa yg telah aku lakukan dah berdoa agar ada kekuatan untuk reda. ilmu adalah sesuatu yg suci, dan tidak boleh tinggal di tempat kotor bernajis seperti hati aku. meskipun begitu, aku dapat jumpa satu kesilapan aku dalam stadi iaitu kurang fokus. nampak mcm concentrate, tapi otak kat kepala tikus yg sedang berjalan di lorong2 midaq.
keduanya, aku ni muka direject. cuba untuk mengisi hati ini tetapi akhirnya direject. tapi yg ni aku rasa aku tahu kenapa, pasal obviously benda tu akan merosakkan iman aku. yg aku pergi menggatal buat apa, duduk rumah masak sedap2 kan bagus. aku dah rombak balik semua plan hidup aku. plan aku, i will not have any special relationship b4 i graduate. tapi it just a plan ok! bole tuka je bile2. tapi aku akan kurangkan cakap dgn org pompuan, lagi tundukkan pandangan agar aku tak jatuh hati lagi dgn sesiapa.
semalam, member baik aku balik pmc, namanya amad. tanpa segan dan silu, aku menangis. hahahah, mcm budak2. tapi nak wat mcm mane itulah hakikatnya. aku berat utk melepaskan pemergian seorang sahabat sebaik ahmad. aku mencintai kau kerana ALLAH ahmad. tapi ape org nak cakap, cakaplah aku ni kuat menangis ke ape ke, aku tak kisah. aku bantai je menangis depan org ramai. harap je badan besar, hati kecik. bagi aku, bab2 perasaan ini, mmg agak sensitive. tapi ayah aku cakap, dah kawin nnt, jgn sesekali nangis depan bini, nak nangis, masuk tandas, hah, nangis puas2.
salam nasi lemak

bersama beberapa org ahli usrah dan naqib di glendalough, maaf aku kelihatan sedikit bithcy. paling kanan ahmad.
apa2 yg berlaku ini, aku sememangnya merasakan aku adalah loser yg terulung sekali. namum begitu, islam datang mengangkat martabat aku sekiranya aku bertakwa dan yakin bahawa segala apa yg terjadi adalah perancangan ALLAH. kita kena reda dan di samping itu belajar dan memperbaiki diri sendiri. aku harap, masih ada lagi seulas iman untukku kemam di sepanjang hayat.salam nasi lemak
Wednesday, February 6, 2008
chewbacca adalah haiwan kegemaranku
assalamualaikum,
aku cuba menghidu bau masakan nasi lemak semalam. nak kata jadi nasi lemak jadilah jugak. semalam aku ajak 4 org makan rumah aku, tapi yg datang hanya 2 org. tapi tidak mengapa, masing2 ada life masing2. niat aku hanyalah mencari keredaan ALLAH dengan mengajak sahabat2 aku dtg di rumah dan makan bersama. insyallah ikhlas.
aku mempunyai satu tabiat yg agak pelik. aku suka memilih satu benda yg pelik seperti membuat bunyi chewbacca. dahulu aku suka sebut perkataan antaranya seperti "boleh tolong relax x?, "terbaik sgt dowh!", "x boleh blah!", "squashong squashong pakhtung pakhtung" dll. aku akan sebut benda2 ni bila aku happy. dah lama jugak aku tidak buat benda ni semasa aku sedang dilamun cinta. mungkin pasal tak hepi sgt. sebenarnya bila fikir2 balik dpt pahala ke ble buat mcm ni? lagha btul la aku ni. bilalah aku nak jadi matang. ada kekuatan utk buat benda2 yg dpt faedah saje. hidup ni kejap je, setiap saat kita kena fikir mcm mane kita nak jawab bila kat depan ALLAH nnt. "ABDUL MUHAIMIN, MENGAPA KAMU BUAT BUNYI CHEWBACCA?", aku tak tau nak jawab ape.
Sunday, February 3, 2008
aku menjadi naga
assalamualaikum,
pengamanku di manchester merupakan pengalaman yg sgt berharga baik makanya, persahabatan dan juga nafsu. makan tak payah cakap lah, aku menjadi naga di siang dan di malam hari. di dublin, aku cuba utk kawal makan, walau bagaimanapun bila sampai di manchester, aku menjadi liar seperti naga yg terlepas dari belengu. aku termakan dgn pujuk rayu syaitan, aku makan sepuas-puasnya. bayangkan, sepanjang-panjang jalan tu semuanya halal. aku bantai habis kat 10 pound utk satu meal. naga ! naga ! naga!
aku tidak hairan mengapa ada sesetengah org boleh habis berbelanja membeli baju sampai penuh lokcer. kalau nak ikut kan nafsu mahu sahaja aku borong satu kedai. namun aku fikirkan, baju luar dan dalam sudah cukup ,asal tutup aurat jadilah. aku pun boleh belanja benda lain selain membeli baju2. tapi akhirnya, aku sedikit tewas apabila melihat jersy rugby ireland dan aku terus membaham jersy tu depan kaunter. smart gile lah baju jersy ireland.
di sini juga aku belajar kepentingan melayan tetamu dgn baik. aku sebelum ini tidak berapa kisah apabila ada org dtg dublin. aku tak kisah nak bawak g jalan2, bagi makanan dan tempat tidur yg baik. sebagai tuan rumah, aku sepatutnya bersyukur apabila tetamu dtg membawa rahmat dari ALLAH. tapi ini tidak, aku merasakan aku tiada tanggung jawab dan membiarkan tetamu mati kutu dan hama mencari jalan berkeliaran. aku rasa, lepas ini aku patut kasi tempat tidur aku pada tetamu, masak sedap2 utk tetamu dan meraikan tetamu. dan aku sebagi tetamu juga, aku patut meraikan tuan rumah, janganlah datang melenggang, bawalah sedikit buah tangan.
aku juga cuba merapatkan perhubungan antara sahabat2 aku seperti kurt and abam wam. aku sebelum ini baik tetapi seperti tidak rapat. setelah kami berjalan bersama-sama, aku terasa ada keserasian antara kami walaupun perasaan ini tidak wujud sebelum ini. aku seharusnya perlu memikirkan bagaimana utk mewujudkan hubungan rapat yg mane yg aku rase kurang rapat.
tiba2 sahaja, aku rasa mcm tiada lagi event besar lagi menarik dalam hidup aku selepas kejatuhan percintaan. meskipun menyakitkan dan memedihkan hati, tapi rasa enak itu tetap ada di situ koknya. apa2 pun, apabila aku terbang ke manchester, adalah pula sorang minah ni yg muke mcm minah tersebut. tesion, suka, gembira, mcm2 ada2. tapi masih lagi ada bibit2 perasaan itu melekat di hati aku seperti melekatnya cili di celah gigi. mungkin aku hanya memerlukan sedikit ubat gigi dan berus gigi untuk membersihkan bibit2 perasaan itu.
salam moonlight ice cream manchester.

Friday, February 1, 2008
manchesterism
assalamualaikum,
sekarang, aku berada di bumi ALLAH yg bernama manchester. di dalam bilik seorang sahabat yg bernama hariz. aku di sini sejak khamis lalu sehingga isnin. aku selalunya lebih suka bersendirian atau lebih dikenali sebagai lone ranger. tapi sejak akhir2 ini, aku mula belajar tentang kehadiran manusia di sekeliling.
sejak dahulu, aku sering buat sesuatu mengikut apa yg aku mahu. itu dan ini tanpa memikirkan org lain. masih aku igt, semasa projek english, lecturer suruh kami buat projek secara berpasangan. tapi, akhirnya, aku buat sorang2 kerana tak tahu kenapa. mungkin kerana aku tak yakin ngan partner aku, atau aku lebih suka berseorangan. akhirnya, projek itu lebur, tade motif.
aku lebih suka berseorangan kerana aku boleh buat ape yg aku nak, aku pergi ke sana ke mari ikut apa yg aku rasa. aku tidak suke menyusahkan orang, tambahan pula aku takut org menyusahkan aku. tapi kini, aku perlu berubah, menjadi bersederhana. lone ranger pun lone ranger jugak, tapi man man la ckit. ape2 pon, esok aku nak tgk bola manchester city lawan arsenal. terima kasih kepada kawan2 di manchester, aku doakan kalian bahagia di dunia dan akhirat.
salam nasi tomato hariz
Subscribe to:
Posts (Atom)