sedang aku menunggu bas, aku hairan kenapa jalan jadi kosong. adakah kerana hati aku kosong atau pun aku yg buta tak nampak apa yg lalu di hadapan. minggu kebelakangan ini, byk benda yg berlaku. bagus atau tidak terpulanglah tapi apa yg aku doa agar ALLAH bagi aku kekuatan utk reda dgn ketentuan yakni adalah benda yg terbaik utk diri aku.
sekiranya aku ungkap tirai lama, aku boleh tempah baju yg tertulis di hadapannya, "i am the biggest loser ever". kenapa aku cakap mcm tu, first result aku mcm hampeh. kalau org tau result aku, sure aku dikuarantinkan kerana takut berjangkit. aku sudah berusaha, tapi yg aku dapat itulah, result yg pada kaca mata manusia duniawi ialah keputusan yg boleh diludah di atas muka. begitu sekali hinanya diri aku. setakat mana usaha aku, aku pun tak pasti. aku cuba guna waktu sebaik mungkin. tak main game, kurang tgk movie and bola, tak bergayut mcm kera, tak berendam mcm badak. empat tahun yg lepas, aku rasa aku lebih rajin berbanding semasa aku di sekolah menengah. aku rasa, dengan usaha aku ini, sekurang-kurangnya aku dapat top 10. tapi, hanyalah yg aku dapat hanyalah result yg umpama tahi gigi di pagi hari yg pergi hanya dengan berkumur. aku rasa ini adalah kaffarah aku atas dosa yg telah aku lakukan dah berdoa agar ada kekuatan untuk reda. ilmu adalah sesuatu yg suci, dan tidak boleh tinggal di tempat kotor bernajis seperti hati aku. meskipun begitu, aku dapat jumpa satu kesilapan aku dalam stadi iaitu kurang fokus. nampak mcm concentrate, tapi otak kat kepala tikus yg sedang berjalan di lorong2 midaq.
keduanya, aku ni muka direject. cuba untuk mengisi hati ini tetapi akhirnya direject. tapi yg ni aku rasa aku tahu kenapa, pasal obviously benda tu akan merosakkan iman aku. yg aku pergi menggatal buat apa, duduk rumah masak sedap2 kan bagus. aku dah rombak balik semua plan hidup aku. plan aku, i will not have any special relationship b4 i graduate. tapi it just a plan ok! bole tuka je bile2. tapi aku akan kurangkan cakap dgn org pompuan, lagi tundukkan pandangan agar aku tak jatuh hati lagi dgn sesiapa.
semalam, member baik aku balik pmc, namanya amad. tanpa segan dan silu, aku menangis. hahahah, mcm budak2. tapi nak wat mcm mane itulah hakikatnya. aku berat utk melepaskan pemergian seorang sahabat sebaik ahmad. aku mencintai kau kerana ALLAH ahmad. tapi ape org nak cakap, cakaplah aku ni kuat menangis ke ape ke, aku tak kisah. aku bantai je menangis depan org ramai. harap je badan besar, hati kecik. bagi aku, bab2 perasaan ini, mmg agak sensitive. tapi ayah aku cakap, dah kawin nnt, jgn sesekali nangis depan bini, nak nangis, masuk tandas, hah, nangis puas2.
bersama beberapa org ahli usrah dan naqib di glendalough, maaf aku kelihatan sedikit bithcy. paling kanan ahmad.
apa2 yg berlaku ini, aku sememangnya merasakan aku adalah loser yg terulung sekali. namum begitu, islam datang mengangkat martabat aku sekiranya aku bertakwa dan yakin bahawa segala apa yg terjadi adalah perancangan ALLAH. kita kena reda dan di samping itu belajar dan memperbaiki diri sendiri. aku harap, masih ada lagi seulas iman untukku kemam di sepanjang hayat.salam nasi lemak
1 comment:
abdul muhaimin.
chill bro, setiap apa yg berlaku tu sure ada hikmahnya kan?
I mean this could be a test from HIM to see sejauh mana kau redha dengan ujian ini.
Insyaallah U ll do well bro
Post a Comment