assalamualaikum,
pengamanku di manchester merupakan pengalaman yg sgt berharga baik makanya, persahabatan dan juga nafsu. makan tak payah cakap lah, aku menjadi naga di siang dan di malam hari. di dublin, aku cuba utk kawal makan, walau bagaimanapun bila sampai di manchester, aku menjadi liar seperti naga yg terlepas dari belengu. aku termakan dgn pujuk rayu syaitan, aku makan sepuas-puasnya. bayangkan, sepanjang-panjang jalan tu semuanya halal. aku bantai habis kat 10 pound utk satu meal. naga ! naga ! naga!
aku tidak hairan mengapa ada sesetengah org boleh habis berbelanja membeli baju sampai penuh lokcer. kalau nak ikut kan nafsu mahu sahaja aku borong satu kedai. namun aku fikirkan, baju luar dan dalam sudah cukup ,asal tutup aurat jadilah. aku pun boleh belanja benda lain selain membeli baju2. tapi akhirnya, aku sedikit tewas apabila melihat jersy rugby ireland dan aku terus membaham jersy tu depan kaunter. smart gile lah baju jersy ireland.
di sini juga aku belajar kepentingan melayan tetamu dgn baik. aku sebelum ini tidak berapa kisah apabila ada org dtg dublin. aku tak kisah nak bawak g jalan2, bagi makanan dan tempat tidur yg baik. sebagai tuan rumah, aku sepatutnya bersyukur apabila tetamu dtg membawa rahmat dari ALLAH. tapi ini tidak, aku merasakan aku tiada tanggung jawab dan membiarkan tetamu mati kutu dan hama mencari jalan berkeliaran. aku rasa, lepas ini aku patut kasi tempat tidur aku pada tetamu, masak sedap2 utk tetamu dan meraikan tetamu. dan aku sebagi tetamu juga, aku patut meraikan tuan rumah, janganlah datang melenggang, bawalah sedikit buah tangan.
aku juga cuba merapatkan perhubungan antara sahabat2 aku seperti kurt and abam wam. aku sebelum ini baik tetapi seperti tidak rapat. setelah kami berjalan bersama-sama, aku terasa ada keserasian antara kami walaupun perasaan ini tidak wujud sebelum ini. aku seharusnya perlu memikirkan bagaimana utk mewujudkan hubungan rapat yg mane yg aku rase kurang rapat.
tiba2 sahaja, aku rasa mcm tiada lagi event besar lagi menarik dalam hidup aku selepas kejatuhan percintaan. meskipun menyakitkan dan memedihkan hati, tapi rasa enak itu tetap ada di situ koknya. apa2 pun, apabila aku terbang ke manchester, adalah pula sorang minah ni yg muke mcm minah tersebut. tesion, suka, gembira, mcm2 ada2. tapi masih lagi ada bibit2 perasaan itu melekat di hati aku seperti melekatnya cili di celah gigi. mungkin aku hanya memerlukan sedikit ubat gigi dan berus gigi untuk membersihkan bibit2 perasaan itu.
salam moonlight ice cream manchester.
Sunday, February 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Congrate my dear friend X-rumate jasinian muhaimin.
Keep in touch and stay cute blogging + sharing your sweet life with others :)
http://blog.joerzoe.com
Post a Comment