Tuesday, February 26, 2008

fenin..fenin

aku tak tau nape gamba ni tebalik, ape pun, sume otak same, otak yg recist je kecik sekit.

assalamualaikum,

byk perkara yg telah berlaku...dan tak mungkin aku dapat pergi kembali ke waktu lampau dan menukarkannya kembali..yg hanya aku akan lihat ialah layar di akhirat kelak yg akan menayangkan apa yg telah berlaku.

perbincangan mengenai percintaan merupakan antara topik kegemaran. mengapa? mungkin aku rasa benda itu sgt attached dgn aku. aku berbual dengan seorang member yg mempunyai amalan dan akhlak yg baik, tetapi apa yg aku faham dan dia faham sedikit berbeza. mungkin disebabkan pengalaman yg berbeza. ada juga point2 yg kami sama2 setuju. tapi, dalam menerima nasihat, bagi aku, yg patut kita buat ialah dgr nasihat, process, dan klo rasa sesuai dan harus diapplykan, kita applykan. jgn just dengar dgr then pakat practice tanpa process dulu nasihat tu.

dalam kehidupan seorang bujang ini, mmg tidak dapat dinafikan mmg ada terasa kekosongan. rasa ingin berteman, berkongsi dan ber ber ber lagilah. bukanlah maksud saya sex menjadi perkara pokok, tetapi fitrah utk diisi dgn cinta dan kasih sayang itu mmg ada. tapi sememangnya saya sgt rasa kekosongan itu perlu diisi, tetapi biarlah takdir menentukan. yg saya mampu rancang ialah kekosongan ini akan diisi selepas belajar dan saya tidak berminat untuk mengisinya dalam waktu terdekat kerana takut tertumpah pula isian itu.

menurut sahabat saya, sememangnya menjadi kelemahan lelaki mudah mengaku kalah. adakah aku mengaku kalah? mmm, aku pun tak pasti. aku boleh sahaja nak try kali kedua, tapi tgklah dulu. katanya perempuan mmg tak respect lelaki yg menyerah kalah. lagi, beliau mengatakan bahawa perempuan ini dia akan menyukai seseorang melalui perasaan. misalnya, sekiranya perempuan itu kata dia suka lelaki yg hitam manis, tinggi, bergaya, itu adalah tidak tepat. wanita akan mnyukai lelaki berdasarkan perasaanya walaupun lelaki itu tidak mempunyai ciri yg disebutkan. sekiranya dia suka kat laki tu, tidak perlu ciri2 itu dan dia akan tetap suka. bagi lelaki pulak, dia lebih teknikal, sekiranya dia kata dia suka perempuan garang dan nakal, dia akan cari perempuan yg mcm tu. byk lagi lah perkara yg dibincangkan, tapi tak mengapalah, lain kali. namun begitu, tiba2 aku rasa hidup ini utk wanita. huh, cepat2 aku taubat and betulkan balik matlamat hidup. segala apa yg aku buat ini, bukanlah untuk mencari keredaan mane2 wanita atau org lain, tetapi untuk mencari keredaan ALLAH.

ada yg kata aku tak sesuai dgn dia. kenapa? aku pun tak tahu. aku just suka and aku still suka. tapi aku tak boleh buat apa2. to have a crushwith someone, it takes one minute, to fall in love with someone, it takes one hour, to be in love,with someone it takes one day, to forget someone, it takes forever.

dari segi praktikalnya tentang hubungan lelaki perempuan ini, ada yg bersikap conservative dan ada juga yg lebih kurang dan ada juga yg mcm xde apa2 batas. apa2 pun, jika menerima nasihat, pastikan guna nasihat yg diterangkan oleh RASULULLAH SAW, dan cuba untuk aplikasikan sebaik mungkin ikut kemampuan. jgn terlalu memaksa sehingga merasakan islam ini susah lagi menyusahkan. yg penting, tahu batas, ikhlas, fikir guna iman dan akal, doa byk2.

beberapa minggu kebelakangan ini, isu international night menjadi bara di setiap mulut. aku sendiri tidak berapa setujulah dengan international night. namun begitu, apa yg cuba disampaikan ialah apa yg akan terjadi dan apakah hukumnya. kami cuba beritahu, sama2 fikir, dan try matchkan dgn situasi. kemudian, dengan iman dan akal, decide sendiri. walaupun ada berlaku sedikit salah faham, itu adalah lumrah. aku sendiri hampir emotional tadi, tapi aku cuba senyum. tidak perlu emotional dlm berbincang. nnt syaitan akan kuasai kita. tapi dapat aku rasakan betapa tidak ada hikmahnya aku apabila aku cuba sampaikan point aku. aku maafkan kau dan kau maafkan aku. kebenaran itu sememangnya sukar untuk diungkapkan, tetapi itulah yg perlu dilafazkan.

aku harap, lpas ini tiada yg benci membenci, kutuk mengutuk, mahupun terasa ada gap antara kita. tiada siapa yg lebih baik antara kita, yg jadi pengukurnya iman dan takwa. jgn ada rasa riak antara kita, keranan riak itu hanyalah milik ALLAH.

salam nasi lemak masin

No comments: