ASSALAMUALAIKUM,
Kesetiaan merupakan satu komponen cinta yg tidak dapat dinafikan kepentinganya. Cinta itu pun sudah kompleks, komponenya masakan pula. Namun, bukanlah niat aku utk mengelirukan tetapi cuba utk menyalakan percikan mempersoalkan apa itu kesetiaan.
Apabila dibincangkan aspek kesetiaan, lelaki sering menjadi mangsa utk dituding jari. Adakah benar lelaki tidak setia? Mungkin juga. Tetapi adakah wanita lebih setia? Mungkin juga tidak.
Dari mana datangnya kesetiaan? Adakah selagi cantik dipandang, kita akan terpacak bersama kesetiaan? Adakah selagi duit bersinar, kita akan terus terpacak? Adakah kerana manis mulut berbicara, kita akan terus mengatakan diri kita setia.
Benarkah percintaan akan luput selepas 3 thn kemanisan? Dengan alasan sudah jemu?
Inilah dia permainan syaitan. Mereka mempermainkan segalanya yg ada. Mereka menggembirakan hatimu, mereka melukakan hatimu, mereka merodak jiwamu.
Bagi aku, kesetiaan hadir apabila kita mahu setia. Kita tanamkan azam yg kita mahu menempuh segala yg dirancang bersama. Namun, apakah tali yg megikat kita? Duit? Cantik? Akhlak? IMAN!!!! Imanlah yg akan mengikat antara ‘aku’ dan ‘kau’. Bersyukur dengan apa yg ada. Menyayangi apa yg mampu. Berkongsi apa yg direzekikan.
Namun, apakah kesetian itu hadir dari sebelah pihak? Mungkin juga. Namun, sudah lumrah alam, yg baik dibalas baik, yg buruk dibalas buruk. Kesetiaan dibayar kesetiaan. Jgnlah mengharapkan kesetiaan andainya tiada kesetiaan yg kau berikan. berilah apa yg kau ada, berilah apa yg kau mampu dengan harapan ALLAH membalasnya. BUKAN MUDAH UNTUK SETIA.
salam AYAM GORENG, SAMBAL BELACAN, TIMUN, KICAP
Monday, November 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment