Assalamualaikum,
Sebelum ini, aku mendekatkan diri aku, memantapkan iman aku dengan menyertai aktiviti TABLIGH. Namun tidaklah hardcore sgt, hanya ikut sekadar yg mampu. Namun, agak banyak yg pelajari. Terasa hati ini bersih sedikit dan kemanisannya sememangnya agak ketara.
Di ireland, barulah aku sedikit sebanya menyelami konsep usrah sebenarnya (agaknye lah). Usrah yg aku fahami semasa di MRSM Jasin dan KMB dahulu amat berlainan dengan yg aku fahami di sini. Namun, ada juga masalah timbul apabila dua kuasa besar yg mempunyai berlainan jemaah timbul. Dua jemaah yg mempunyai nama yg berbeza, cara kerja yg hampir sama, landasan yg agak berlainan namun matlamatnya INSYALLAH sama. Aku tidak dapat mention nama group tersebut umpama ianya umpama menyebut nama voldemot dalam filem HARRY POTTER. Namun tidak aku fahami mengapa ada tandukan hebat yg berlaku antara dua kumpulan ini. Hakikat yg perlu disedari ialah adalah ini berpunca dari kehadiran ahli-ahli yg berkepala ‘busuk’ yg mempunyai mentaliti yg busuk. Merasakan diri mereka lebih baik dari yg lain.
Perkelahian antara ahli ini tidak sepatutnya timbul. Kita perlu menyedari setiap org mempunyai cara kerja yg berbeza dan mereka bebas utk bergerak asalkan berlandaskan QURAN dan SUNNAH. Berlainan jemaah merupakan kekuatan bagi kita. Kita perlu menyedari manusia perlukan tarbiyyah dan pergaduhan ini hanya mampu melarikan fokus kita utk mentarbiyyah manusia.
Apa pun kita perlu berhenti perli-memerli antara satu sama lain. Hilangkanlah perasaan merasakan diri ini lebih baik dari org lain. Siapa kita utk menilai org yg tidak berjemaah lebih sengal dari org yg berjemaah. Apa yg mampu kita ungkapkan ialah, berjemaah itu dituntut dalam islam. Tidak perlu untuk menghakimi kebaikan org lain cukup sekadar menghakimi diri sendiri.
Aku yakin satu hari ini kita akan datang ke titik yg sama dan dari situ kita akan berpelukan antara satu sama lain. Kita pancung kepala-kepala busuk yg ada. Kita lempang muka-muka selenga yg ada. Kita gunting muncung2 yg terbit dari bibir yg jahil. Kita cucuk mata2 yg menjeling.
salam perpaduan
Monday, November 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
atas nasihat member yg sgt aku kasihi dan repect, komen dari ***** terpaksa didelete
Nasib baik aku sempat baca. Cuma nak tanyer kepada *****, itu jemputan ikhlas or perli? If it's the latter, tak elok la nak balas api dengan api. Kawan kita ni concern pasal conflict yang terjadi. Dia tak berniat jahat pon. insyAllah saya nak seru kawan2 jadi cam As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. He said, Be like the date palm trees. Whenever we shook them violently, they always respond with sweet fruits.
p/s: Bro Muhaimin, please don't delete this comment okay? Kalau ko kasihi and respect sahabatmu ini, and yakin yang there can be change in Dublin specifically, please don't delete it. Yes We Can!
salam min,
Ni sure ada isu baru ni kn? No worries min. Dah beratus tahun dah berlalu sejak Nabi meninggalkan kita. Dan beratus-ratus jemaah wujud. Dah ramai Muslim mati dibunuh sebab berlainan fahaman. Shiah, Sunni, Faylasuf, Ismaili, Sufi dan sebagainya dah lama bergaduh. Masing-masing berkeras ajaran mereka lebih tepat though ironinya semua mahukan syurga sebagai balasan. My point; dont worry, bukan kita je bergaduh. Pergaduhan membuatkan agama Islam masih terpelihara seperti dahulu. Check and balance maybe.
ps: dunia adalah permainan. So lets play with it (if you got what I mean)
"ianya umpama menyebut nama voldemot dalam filem HARRY POTTER"
--
Haha. =D I loike this part.
"He who should not be named"
Lord V
Post a Comment