Monday, April 21, 2008

aku mahu jadi seperti ayah

assalamualaikum,

dalam kebosanan, aku inginkan kegembiraan. aku inginkan sesuatu untk mengisi hati aku. minggu ini, aku hadir ke MABIT, IMAM AGM DAN JUGA TALK DARIPADA UTZ AFIFI. byk yg perlu aku pelajari.
aku teringat salah satu kata2 yg aku rasa benar, knowledge is in heart of man, not in lines of book. ramai org tidak sedar ini. ramai org rasa tidak perlunya guru dalam belajar. asal baca buku atau notes, itu sedah memadai. bagi aku, aku lebih suka mencari keberkatan di samping itu mencari ilmu. lebih byk kita belajar sekiranya kita berguru. rajinlah bertanya muhaimin, kerana dengan bertanya itu kau akan lebih faham.

antara lain, aku suka kata2, kita ini umpama barisan hadapan di medan perang. dalam peperangan memartabatkan islam, sekiranya kita yang ada di barisan hadapan ini lemah, apa yg akan jadi dengan barisan belakang. AYUH ABDUL MUHAIMIN ALI, bangkit, jadilah rijal yg mantap. peperangan baru shj bermula, kita mesti kuat kalau kita akan menjadi fitnah. jangan tunduk kepada godaan nafsu, wanita dan syaitan.

tadi aku telefon mak aku. seperti biasa kami berbual. namun, aku dapat dengar nada tua ibuku. aku sayang ibuku tapi aku tahu ada lagi yg lebih menyayanginya. dahulu, aku amat takut org yg aku sayangi pergi meninggalkan aku. tapi aku perlu sedar, aku perlu bersedia. ibu memberitahuku perihal ayah yg sudah berhenti merokok. aku kagum lagi bersyukur.

senyuman ayah ini hanya mampu aku tayangkan di minda aku. terasa sebak rasa akibat rindu senyuman itu. masih aku ingat sebatang giginya yang sudah tiada di samping karat2 di giginya.
ayahku merupakan seorang ketua keluarga yang amat aku kagumi. aku khuatir mampukah aku menjadi seorang ketua keluarga sehebat ayah? aku berazam agar sekurang-kurangnya aku menjadi sebaik ayah. seorang lelaki yg cukup bertanggung jawab, berpandangan jauh, sabar, matang kasih sayangnya sentiasa aku rasakan walaupun aku jauh beribu batu. aku sedar byk dosa aku lakukan terhadap ayahku. aku hanya berharap ayahku mampu memaafkan aku. ayah, saya sayang ayah! ampunkahlah dosa saya ayah! ada rezeki kita akan berjumpa tak lama lagi INSYALLAH!

salam chicken hut taro malas masak

2 comments:

ipa' said...

ada nada2 omsick di situ..xpe2..jap je lg nk balik msia..=)

abdulmuhaimin_ali said...

AMBOI.....SY DA TAK BALIK MESIA LAME TAU TAK! ADE ORG TU YER LA, ORG KAT SINI PUN DA CUKUP DA!