Saturday, April 5, 2008

malunye

assalamualaikum,
minggu ini adalah minggu yg paling sibuk dlm hidup aku. bermula dari sympo imam, food festival and masai. sumenyer pnuh dgn pengalaman yg menarik utk dikongsi. apa2 pun, syukur alhamdulillah aku panjatkan. aku harap apa yg aku lakukan ini ikhlas semata-mata kerana ALLAH.

aku bimbang juga berkenaan pelajaran aku. aku tiada masa untuk belajar dengan tekun. namun, sedikit sebyk, ALLAH beri aku kefahaman untuk bertindak dalam hidup. dalam hidup ini, mmg byk tanggungjawab kite. namun begitu. setiap tanggung jawab perlulah dipikul dengan penuh komitmen dan dedikasi dan konsentrasi. dulu, aku slalu mcm buat sesuatu tak konsentrate. minda aku separuh kat tempat lain. tapi skrg, aku cuba, bile blajar, blajar btul2, bile buat kerja, buat kerja btul2.

perihal hati ini, mengapa aku tak tahu hati ini terasa meluat. mungkin aku katakan aku tidak adil tapi itulah hakikatnya. aku mungkin perlu lebih matang dalam hal ini. aku tidak boleh menghukum seseorang kerana itu bukan salahnya, tetapi itu adalah salah aku. aku harap, aku boleh berfikiiran positif dan berbaik sangka. kenangan membuat persembahan nasyid di masai, PR semasa symposium dan bendahari dan ajk venue for food festival amatlah berharga. insyallah, aku akan kongsi dgn sume org. aku minta ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap. aku doakan utk kita semua. aku harap aku tidak berasa bangga dan riak, kerana sesungguhnya apa yg ada ini semuanya dari ALLAH. TIADA APA YG PERLU DIRIAKKAN. RIAK ITU HANYALAH SIFAT ALLAH.

salam nasyid

No comments: