ASSALAMUALAIKUM,
ALHAMDULILLAH, aku bgn awal. tetapi aku menyumpah diri aku. kenapa aku terlalu lalai dgn hidup ini dengan tidur yg lama. aku mahu kurangkan masa tidurku. kerana kudapati, amatlah rugi untk aku tidur pd waktu hidup ini. byk perkara yg perlu dilakukan dan difikirkan. byk masalah yg perlu diselesaikan. byk cerita yg perlu aku sampaikan. byk ilmu yg masih perlu aku cari.
aku tidak tahu mengapa semenjak kebelakangan ini, aku merasa tiada perasaan dalam hidup aku. mungkin bosan dgn apa berlaku. mungkinkah aku sudah berputus asa. aku merasakan untuk mengukir sebentuk senyuman juga sukar. aku paksa diri aku. akhirnya, terbitlah senyuman kelat. adakah aku ikhlas dalam hidup ini? adakah aku mahu menyerah kalah? aku tidak tahu. hati ini jika dibedah, tiada siapa tahu di mana sakitnya kerana ia terlalu dalam. aku khuatir perasaan ini aku menjadi perasaan benci yg akan membangkai dalan hati aku. aku mahu membersihkan hati aku dari sifat itu.
apa2 pun, aku cuba hidup seperti biasa. cuba mendisiplinkan diri aku dan mencari pengalaman sebyk mungkin. aku tidak faham mengapa ada di antara kita yg tidak berminat menimba pengalaman. duduk bergembira dan hanay belajar ilmu tertentu shj. islam bukan mengenai satu aspek shj tapi islam merupakan cara hidup. tidak salah untk kita mahir dalam satu bidang, tapi salah untuk kita tumpu kepada satu bidang shj. kita perlulah bersederhana dan menyeluruh. sesungguhnya, pengalaman inilah yg akan mendewasakan kita. ilmu inilah yg akan membantu perjalanan hidup kita. kita perlu memberi kepada masyarakat. sekiranya kita tiada apa2 , bagaimana untuk kita memberi? carilah ilmu untuk mendidik keluarga, anak2 dan masyarakat. kita mahu membina sebuah masyarakat islam yg diredhai ALLAH. inilah masanya! inilah ketikanya! jgnlah terlalu bergembira, kerana masa ini akan berlalu dan kita akan rugi. hidup di dunia memang sukar, dan kita mampu hadapinya. syurga di akhirat menanti insyallah yg semestinya jauh lebih baik drpd kehidupan di dunia.
salam ilmu utk semua
Thursday, April 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment