Sunday, April 27, 2008

cuba memahami wanita

assalamualaikum,

di kala gelap malam, aku berbasikal di satu lorong. aku terserempak dengan sekumpulan irish girls yg hot. mereka pun mengusik nakal dan salah seorang daripada mereka menampar manja pipiku. aku hanya mampu senyum tetapi tidaklah tergoda sgt, cuma sedikit shj.

wanita, wanita, wanita! sgt complex! tapi lelaki ni simple sgt ke? tak jugak. aku jugak harus memahami lelaki. tapi itulah, kalau nak ikutkan perbezaan, memang amat berbeza dan amat mustahil utk disatukan. tapi rahmat ALLAH menyatukan lelaki dan wanita. ikatan cinta mampu menebas segala pertembungan yg berlaku antara dua golongan ini.

aku terdengar ada suasana tegang antara wanita2. secara detail nyer, aku tak tau. tapi aku cuba meletakkan diri aku di tempat tersebut sebentar. aku rasa, aku boleh histeria. begitu complex sekali. bagi aku, pergaduhan itu penting untuk menyatakan ketidak puas hati antara kita. tapi kenelah berlandaskan iman dan akal dan bukannya perasaan marah. antara suami dan isteri misalnya, pergaduhan itu melengkapkan rumah tangga. akan membuatkan kita lebih memahami pasangan masing2. dan juga mengelakkan kejadian depress yg mana sesetengah pasangan hanya berdiam diri dan menyimpan perasaan itu.

kalau boleh aku hendak berkawan dengan semua org. aku tak nak ada sifat benci antara makhluk melainkan apa yg dituntut dalam islam. bagi aku, persahabatan perlulah berlandaskan niat yg betul semata-mata mendapat keredaan ALLAH bukanlah mencari keredaan kawan. sbg seorang kawan, aku harus menerima nasihat mereka dan menasihati mereka. itulah fungsinya sebagai seorang kawan. bukanlah untuk bergembira bersama-sama dan meredai kesalahan yg dilakukan oleh kawan.

apa2 pun, aku bukanlah seorang yg ambil tahu pasal gossip2 terkini. aku terdengar aku simpan dan kalau boleh aku cari sejauh mana kebenaranya. tapi, bagi aku, seburuk mana kawan aku terhadap org lain, tetapi kalau dengan aku dia layan aku dengan baik, aku akan layan dia dengan baik jugak walaupun dia ada masalah dengan kawan aku yg lain. ape2 pun, nak buat, tanya iman dan fikir dalam2.

wanita mmg byk bercakap. lelaki cakap 4000 wrds sehari dan wanita 8000 word sehari. lelaki cara dia mendengar ialah dengan diam dan wanita cara mereka dengar ialah bercakap. sekiranya lelaki dengan wanita berkomunikasi, mcm2 hal jadinya. namun begitu, perbezaan inilah yg menjadikan lelaki dan wanita ini compatible. lelaki mempunyai kelemahan dalam ini, dan wanita mempunyai kelebihan dalam itu dan begitulah sebaliknya.

apa2 pun, subhanallah kita ucapkan atas ciptaan ALLAH yg maha sempurna. betulkan niat dan ikhlaskan diri. senyum selalu dan sebarkan salam dan senyuman.

salam padprik

No comments: