assalamualaikum,
perjalanan hidup ini sememangnya bukan mudah. sekiranya dikorek rahsia hati setiap insan, terhamburlah segala kegembiraan, kedukaan, kebencian, kedustaan, perasaan cinta dan pelbagai lagi. namun, perjalanan yg sukar ini akan berakhir dengan senyuman sekiranya kita teguh berpegang dengan tali ALLAH. kini, imanku lemah. lemah longlai umpama sarang labah2 yang ditinggalkan. hanya menanti ujian yg besar yang akan menghancurkan diri aku.
aku sedih. sedih kerana hidup ini tidak adil. mengapa? kerana islam dicampak ke dalam tong sampah dalam dunia ini. manusia mengikut hawa nafsu, selalu terburu-buru dalam mengejar kesenangan dunia. YA ALLAH, PIMPINLAH HAMBAMU!
tanpa aku sedari, hati aku terluka. terluka akibat hirisan kecil dari tulisannya. aku sememangnya manusia. manusia yg penuh dengan perasaan dan nafsu. aku juga tahu apa itu benci. aku juga tahu apa itu suka. tapi sedarlah, aku lebih suka akan cinta, bercinta, mencintai dan dicintai. maafkan aku sekiranya perbuatan dan tulisan aku byk membuatkan kau tidak senang duduk. maafkan aku kerana kurang perihatin. aku sedar itu kelemahan aku. mungkin diam adalah senjata yang paling berkesan. dalam diam, ketahuilah, aku hanya mahu yang terbaik utkmu. kau dan aku hanyalah dua burung dalam satu kawanan burung2 lain. kita bersahabat dan kita juga berlawan. tapi igtlah, aku tidak mampu untuk menggembirakan kau sahaja kerana kita amat berbeza. aku tidak mampu mengubah diri aku kerana kau, kerana aku adalah aku. terima kasih atas teguran itu. aku telan ia sebagai sempadan utk memperbaik kelemahan diri.
teman, ketahuilah, aku byk melukakan hati kau. tapi kau juga byk melukakan hati aku. tapi aku sedar, aku berlaku tidak adil terhadap kau lalu aku melupakan dan memaafkan. bagaimana aku tahu itu tidak adil? kerana perasaan ini digaul bersama dengan hidup aku. dan aku rasa kau juga sama. kita merasakan ada suatu kelainan dalam hubungan ini. kita berhati-hati dalam hubungan persahabatan ini. tapi ketahuilah, aku mencuba dan terus mencuba. aku melewati satu langkah yg sumbang, namun kau yg tiada kene mengena menjadi mangsanya.
kini, aku sedar, aku tiada masa utk semua ini. aku perlu lakukan apa yg patut aku lakukan. jihad ini masih belum selesai. ketahuilah, hargailah apa yg ada dihadapanmu, sebelum ia terbang pergi dan mungkin tidak kembali. jari2 ini aku hulurkan, meminta setitis persahabatan. menagih secebis kasih sayang.
salam nasi lemak
Monday, April 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment